Tingkatkan Keuntungan Petani Dengan Melindungi Tanaman Daripada Serangan Penyakit Kulat Menggunakan Mikroorganisma Elit. Bebas Bahan Kimia.

Biofungisida dikuasakan oleh Trichoderma koningii ISO4

Trichobiome mengandungi Trichoderma koningii ISO4 dan beberapa Bacillus spp terpilih yang telah dilatih menggunakan teknologi mikrobiologi yang canggih untuk menjadi tentera elit bagi mengawal pelbagai serangan penyakit kulat terhadap tanaman. Trichobiome berfungsi sebagai racun antikulat biologikal dan terbukti mengawal kulat penyakit lebih efektif berbanding racun kimia. Bonus! Ia juga mampu meningkatkan tumbesaran tanaman.

Dapatkan perlindungan biofungisida terbaik.

Anda dapat fokus lakukan urusan lain yang lebih penting & biarkan tentera Trichobiome yang lindungi tanaman anda.

Trichobiome adalah biofungisida yang memberi perlindungan elit. Trichoderma koningii ISO4 di dalam Trichobiome adalah tentera elit yang mampu menghalang serangan kulat tanaman yang paling bermasalah di dunia. Formulasi Trichobiome membolehkan tentera Trichoderma untuk pantas mendominasi ladang and menyingkirkan risiko serangan kulat penyakit. Teknologi pengilangan Trichobiome yang canggih daripada Halways Sdn Bhd membolehkan teknologi ini berada di apsaran pada harga mampu milik berbanding produk biofungisida lain dipasaran. Guna Trichobiome sekarang & beri perlindungan elit untuk ladang kesayangan anda. Beli>

Ekonomikal. Jimat kos

Satu kilogram Trichobiome boleh merawat hingga 500 tanaman. Bandingkan teknologi Trichobiome dengan fungisida kimia. Dan Mula jimatkan wang! Beli>

Melindungi tanaman daripada 8 jenis kulat paling merbahaya dalam dunia pertanian

Trichobiome melepasi ekspektasi apabila tiada produk lain mampu menyelesaikan masalah serangan kulat tanaman di ladang. Trichobiome menghalang 100% penyakit yang disebabkan oleh Colletotrichum gloesporioides, Phytophthora capsici, Pythium ultimum dan Giberella fujikuroi. Kulat patogen ini adalah penyebab utama penyakit antraknos, hawar daun, busuk pangkal buah, rebah kecambah dan penyakit bakanae yang selalunya menjangkiti betik, mangga, lada, terung, timun, jagung, ubi kentang dan padi.

3 mod perlindungan

Pertama, Trichiobiome menghalang pertumbuhan patogen melalui persaingan nutrien. Seterusnya, ia menghasilkan bahan kimia yang merencat pertumbuhan kulat patogen di kawasan sekeliling pokok. Ketiga, ia merangsang sistem imun tanaman untuk menghasilkan bahan kimia pelindung yang melindunginya daripada penyakit kulat.

Penghantaran Percuma.

Beli>

Anda sudah jadi ahli Trichobiome Support Group?

Klik ikon di atas untuk sertai Whatsapp Group